Tular Video Wanita Mirip Rossa Sera Dicium Lelaki?

Sejak pagi tadi hangat diperkatakan apabila tular video dikatakan mirip seorang wanita iaitu bekas isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera.

Menerusi video tular itu, wanita tersebut tidak mengenakan hijab dan dilihat hanya memakai topi serta pelitup muka.

BACA: Bekas Isteri Shuk Sahar Didakwa Jadi Penyondol Rumah Tangga Orang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IMPOSTER’S’ (@rs92.jr)

Video itu turut memapatkan aksi mesra dan cium antara wanita tersebut bersama seorang lelaki dipercayai dirakam di sekitar Pavillion Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Sementara itu, akaun Instagram @rs92.jr itu turut memuat naik video temu bual Rossa Sera namun dikaburkan wajahnya.

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila Rossa didakwa menjalin hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Malah, individu yang mendedahkan mengenai perkara itu turut mendakwa banyak peluang diberikan supaya berhenti mengganggu lelaki berkenaan.