fbpx

Umum mengetahui, sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kontroversi antara pelakon Aliff Aziz dan aktres jelita Sophia Albarakbah.

Baru-baru ini tular semula video di sebalik tabir ketika pengambaran drama yang dilakonkan oleh Aliff dan Sophia berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

BACA: “Sophia Lemah Lembut, Sopan, Wanita Melayu Terakhir” – Shah Radhi

@videoartistmalaysia

Alahai main tepung pulak si abi ayang ni. Favorit couple dalam drama ??#abiayang #kuakadkaudenganbismillah #kakdb #sophiaalbarakbah #aliffaziz #btskakdb #dramasangat #muf #tv3 #coupletiktok

? Kalau Cinta (feat. Joanna) – Aliff Aziz

Menerusi video itu, keduanya sedang melakonkan babak ‘sweet’ dalam drama berkenaan namun menimbulkan rasa kurang senang netizen. Diruangan komen, ada netizen menegur Aliff seolah tidak menjaga batas sebagai pelakon yang bergelar suami.

Tidak kurang juga, ada yang menyindir Aliff berikutan ‘hand placement’ terhadap Sophia seperti berlebihan serta mendakwa aktor itu memegang tangan aktres itu tanpa lepas.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan tidak hairanlah jika Sophia ‘tersuka’ kepada aktor itu dan mendakwa Bella Astillah marah sangat.