Photobucket Pictures, Images and Photos
Sungguh syahdu mendengar lagu Sajadah Panjang nyanyian Ariel Peterpan. Jelas kelihatan daripada nyanyian itu, Ariel benar-benar insaf atas kesilapan lalunya.

Alhmadulillah, Ariel kini telah bertaubat setelah dipenjarakan atas penyebaran video lucahnya bersama Luna Maya dan Cut Tari. Allah sayangkan hambanya sebab itu dia turunkan bala didunia supaya manusia dapat bertaubat.

Lagu sajadah Panjang ciptaan Bimbo ini dinyanyikan Ariel dalam versi akustik sewaktu acara Islam Itu Indah yang ditayangkan oleh salah satu TV swasta seberang bersama Ustaz Muhammad Nur Maulana.

Ariel banyak mendapat nasihat daripada rakannya dipenjara, Abu Bakar Ba’asyir supaya solat dan bertaubat. Jika kita berkawan dengan orang yang baik insyaallah kita jadi baik dan vice versa.