fbpx

Video: Izreen Azminda Komen Gossip Kisah Silam Tunang, Muhamad Riza

Orang selalu berkata, jika niat kita itu baik untuk melakukan sesuatu perkara yang baik, pasti akan ada dugaan yang mendatang.

Bagi Izreen Azminda, aktress yang semakin mencipta nama menerusi drama hebat seperti Juvana dan Tentang Dhia, niat baik beliau tidak terkecuali.

Beberapa hari sebelum majlis pertunangan Izreen Azminda dengan Muhamad Riza, ada khabar angin mengatakan yang si lelaki mempunyai masa silam yang kurang manis untuk di’dengar.

Namun, pertunangan mereka sudah pun selamat berlangsung di Alor Setar, Kedah dan sebelum Izreen Azminda bertolak pulang ke’sana untuk persiapan, kami berjaya dapatkan komen ringkas beliau tentang gossip yang menimpa si tunang, Muhamad Riza.

Dalam laporan media lain, Muhamad Riza sendiri sudah menafikan yang beliau pernah mempunyai anak luar nikah atau gugurkan kandungan teman wanita — beliau juga bersedia untuk menjalani ujian darah jika perlu.

Tahniah buat Izreen Azminda & Muhamad Riza di’atas pertunangan kalian berdua. Kami berharap perkahwinan yang di’rancang akan menjadi kenyataan dan kekal sehingga ke akhir hayat. Amin.