fbpx

Video Golf Tular, Shuib Nafi Skandal Dengan Usahawan

Baru-baru ini hangat diperkatakan ramai tular video dimuat naik netizen apabila pelawak Shuib Sepahtu dikatakan berbaju sedondon dengan seorang usahawan bernama Watie Hanifiah ketika menghadiri beberapa konsert.

Bagaimanapun, terbaru kecoh apabila tular video dimuat naik pada tahun 2019 oleh usahawan wanita itu sedang bermain golf dan kedengaran suara didakwa mirip Shuib.

BACA: Pakai Baju Sedondon Ke Konsert, Netizen Dakwa Wanita Ini Kekasih Shuib?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Susulan itu, ada yang mendakwa Shuib mempunyai skandal dengan wanita itu sejak tiga tahun lalu. Bagaimanapun, Watie dilihat memuat naik kapsyen menafikan dakwaan netizen itu.

Sementara itu, memetik Harian Metro Shuib menafikan dakwaan netizen itu serta menjelaskan bukan dirinya yang berada dalam video berkenaan serta menyifatkan tuduhan itu tidak adil buat dirinya.

“Saya menafikan apa yang berlegar di media sosial berhubung satu video yang menunjukkan Watie sedang memukul bola golf dan ada kedengaran seperti suara saya.

“Ada yang mengatakan saya sudah lama mempunyai skandal dengan wanita itu sejak 2019. Tuduhan itu sangat tidak adil dan baik untuk saya dan Allahyarham Siti Sarah,” katanya.

Menurut Shuib lagi, mungkin suara sama itu satu kebetulan dan Shuib menegaskan individu disebalik video itu bukan dirinya.

“Kalau dengar semula rakaman itu memang perkataan ‘nice’ yang disebut seorang lelaki mirip suara saya, tapi individu di belakang dalam video itu bukan saya.

“Tak sama langsung. Biasalah kalau satu ayat senang dan boleh sama tapi suara itu bukan saya dan sangat kelakar. Setakat suara semua orang boleh tiru dan mungkin ia satu kebetulan yang tidak disangka-sangka,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia mula bermain golf pada tahun 2020 ketika negara berdepan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana berbeza dengan video dimuat naik oleh usahawan itu.

“Video yang dimuat naik Watie adalah bertarikh 2 April 2019, yang mana pada tahun terbabit saya belum pegang kayu golf lagi. Saya tak tahu mengenai sukan itu pun.

“Saya mula bermain golf pada Mei 2020. Ketika itu negara masih melaksanakan PKP tapi sukan golf saja diberi kelonggaran. Sejak itu saya mula menghubungi rakan-rakan untuk bermain sukan ini,” katanya.