fbpx

Pakai Baju Sedondon Ke Konsert, Netizen Dakwa Wanita Ini Kekasih Shuib?

Sebelum ini, pelawak Shuib Sepahtu mengakui dirinya kini sedang mengenal hati budi seseorang. Bagaimanapun, Shuib berkata mereka masih dalam proses berkenalan. 

Shuib turut mendedahkan wanita tersebut hanya orang biasa dan bukan dalam kalangan industri seni serta merupakan pilihan ibunya.

BACA: Radio Putar Lagu Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak Tengok Shuib Tarik Nafas Panjang

Baru-baru ini, netizen seolah menghidu hubungan Shuib dengan seorang usahawan yang dikenali dengan nama Watie Hanifiah.

Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, seorang pengguna menggabungkan foto Shuib dan wanita itu mengenakan pakaian dengan warna yang sama.

@farahana2506

betul ke shuib dgn watie?? #fyppppppppppppppppppppppp #fyp? #fypp #pelitfyp #tiktoktravel #shuib #shuibsepahtu

? Dj Salira Ayeuna Ayana Dimana – Midua Cinta – DJ AURA X

Difahamkan ketika di konsert Anuar Zain dan Ziana Zain Live in Kuala Lumpur pada Ogos lalu, Shuib dan Watie dilihat sedondon mengenakan warna kuning mustard.

Bukan itu saja, Shuib dan Watie juga memakai jaket berwarna hitam ketika konsert Dewa19 pada Jumaat lalu. Malah, ada yang mendakwa kedua mereka duduk bersebelahan ketika menonton konsert.

Diruangan komen IG Shuib, ada segelintir netizen meninggalkan komen mengusiknya serta mendakwa pelawak itu ke konsert berkenaan bersama Watie.

Dalam pada itu, hasil tinjauan mendapati Shuib juga dilihat sering meninggalkan tanda suka (like) terhadap foto yang dimuat naik oleh Watie.

Terdahulu, Shuib pernah dikaitkan dengan pelakon Zara Zya dan Wan Sharmila. Namun, Shuib menjelaskan mereka hanya rakan industri sahaja.