fbpx

Video Aliff Aziz Di Kelab Malam Hanya Lakonan, Minum Air Berkarbonat

Sejak semalam tular video memaparkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sedang berhibur di kelab malam menjadi bualan ramai di media sosial.

Menerusi video tersebut, Aliff dilihat berada dalam sebuah kelab malam serta dilihat turut ditemani seorang wanita di luar premis tersebut.

BACA: Masih Lakon Babak Sentuh Pelakon Wanita, Aliff Aziz Hanya Hamba Lemah

Bagaimanapun, rakan artis yang juga pelakon Shahidan Izwan tampil mempertahankan Aliff bahawa video itu dirakam ketika mereka sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

Menerusi Insta Story, Shahidan turut berkongsikan video dia juga terlibat ketika video itu dirakam. Malah, air yang diminum mereka bukanlah alkohol, namun hanya air berkarbonat.