Masih Lakon Babak Sentuh Pelakon Wanita, Aliff Aziz Hanya Hamba Lemah
Masih melakonkan babak berpegangan tangan dengan pelakon wanita, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz mengakui dia hanya seorang hamba Allah yang lemah.
Memetik mStar Online, Aliff tidak mahu menegakkan benang yang basah apatah lagi soal hukum bukan perkara boleh dipersenda sebaliknya dia cuba untuk perbaiki diri untuk menjadi insan lebih baik.
BACA: Ramai Berdebar Tengok Kemesraan Aliff Aziz, Sophia Albarakbah
“Bagi Aliff perkara tidak betul kita tidak boleh tegakan benang yang basah dan mengatakan benda itu betul. Cuma saya hanya seorang hamba Allah yang masih lemah dan setiap hari saya cuba untuk perbaiki diri sendiri semampunya untuk jadi lebih baik,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff turut memohon maaf sekiranya penonton tdak bersetuju dengan babak bersentuhan yang dilakonkan olehnya serta meminta untuk mendoakan yang baik—baik untuk dirinya.
“Saya mohon kepada semua untuk doakan yang baik-baik, bukan sahaja untuk saya tapi untuk semua pelakon. Saya mohon maaf terlebih dahulu kepada semua yang menonton sekiranya ada tidak bersetuju dengan tindakan saya.
“Saya harap ini tidak menjadikan sebab untuk orang mencaci kerana bagi saya lebih baik kita mendoakan kerana kebaikan itu akan berbalik kepada kita,” katanya.
Difahamkan, drama lakonan Aliff iaitu Cina Buta kini sedang ditayangkan. Drama tersebut turut dibarisi perlakon terkenal iaitu Ungku Ismail, Nad Zainal, Puteri Aishah dan ramai lagi.
- SUMBER
- mStar Online
Bkn isu lemah ke kuat isunya nak buat ke tidak. Itu pilihan kita xde sapa akan paksa. Lain laa pengarah atau produser awal2 dah bgtau utk watak ni awak kena bogel! Kalau x sanggup kami amik org lain! Atau pihak produksi bgtau kalau awak buat adegan ni kami bayar extra!
Sebelum org lain komen guna ayat ni, biar aku guna dulu : tak ada manusia yg sunyi dari membuat kesilapan…. keh keh keh
Lemah sbb tgk pmpuan cantik atau lemah sbb duit? Atau sbb kedua2nya sekali? Ramai je pelakon lelaki yg awal2 lg dah letak syarat xnak bersentuhan. Alif satar,izzue islam n ramai lg. Alif aziz plk bila ye? Moga cepat2 la jd lelaki yg tegas menegakkan agama. Jgn dah belajar,dah tahu hukum agama tp masih berbuat dosa. Tu lebih teruk dr org yg jahil x tahu hukum agama. Seolah2 kau mempersendakan agama plk.
dia ni kenapa ea tak habis2 isu sentuh bagai
semak la
org tak heran pon la kat ko