fbpx

Jika semalam kami khabarkan yang ayahanda kamu semua, Mark Zuckerberg tersenarai sebagai lelaki paling selekeh oleh GQ, hari ini lebih aneh.

Vanity Fair setiap tahun akan keluarkan satu senarai lengkap mereka yang paling pandai bergaya dalam dunia.

Dan untuk tahun 2011, ia’nya adalah edisi ke 72 dan mungkin edisi paling aneh kerana dalam’nya tersenarai idola anak remaja anda semua, Lady Gaga — buat kali kedua.

Say what?! Yes what.

Lady Gaga termasuk dalam senarai kerana beliau sering muncul dengan kostum yang aneh setiap hari dan sebahagian kostum yang beliau tonjolkan menjadi ikutan fesyen hari ini.

Kami sendiri tidak pasti kostum yang mana menjadi ikutan fesyen — mungkin kostum penuh dengan watak katak, Kermit atau kostum daging mentah yang beliau kenakan tidak lama dahulu.

The 72nd Annual Vanity Fair Best Dressed List akan di’edarkan kepada umum bermula 9 Ogos 2011 dan mungkin kita akan dapat lihat lebih ramai selebriti aneh di’dalam sana. Nicki Minaj? Please.