fbpx

Uyaina Arshad Selamat Bersalin Anak Lelaki

Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran yang menimang cahaya mata sulung bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara petang semalam.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh Raja Syahiran menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi. Syahiran turut memaklumkan, isterinya selamat melahirkan zuriat mereka secara pembedahan.

BACA: Uyaina Arshad, Raja Syahiran Bakal Timang Anak Lelaki

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syahiran (@rajasyahiranmy)

“Penantian di hidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdullilah.. Menjelang Maghrib tanggal 8/9/22 anakandaku dilahirkan dengan tangisan,” tulisnya.

Menerusi entri itu, Syahiran turut menitipkan pesanan buat bayinya itu semoga menjadi anak yang soleh serta taat pada ibu bapa dan agama.

“Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa & agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia & seorang pemimpin yang hebat. Baba & Mama love you so much,” tulisnya.

Untuk rekod, Syahiran dan Uyaina mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.