Pasangan selebriti, Uyaina Arshad dan suaminya, Raja Syahiran mengumumkan berita gembira bakal menimang cahaya mata sulung lelaki. 

Memetik Harian Metro, Uyaina berkata bakal melahirkan cahaya mata dalam masa terdekat serta memohon doa orang ramai agar proses bersalin dipermudahkan dan berjalan lancar.


BACA: “Silap Saya Terlalu Kagum Dengan Siti Bainun” – Uyaina Arshad

“Insya-Allah saya bakal menimang cahaya mata lelaki dalam waktu terdekat ini. Saya dijangka bersalin sama ada minggu depan atau dua minggu lagi. Doakan urusan bersalin saya berjalan lancar dan dikurniakan anak yang soleh,” katanya.

Dalam pada itu, Raja Syahiran berkata mereka masih belum menetapkan nama bakal bayi tersebut namun nama akan bermula dengan Raja diikuti dengan huruf U.

“Kami berdua sudah ada beberapa pilihan nama tapi belum mencapai kata putus sebab kalau boleh nak beri nama anak yang membawa maksud yang baik.


“Tapi permulaan nama anak saya akam bermula dengan nama Raja dan kemudian diikuti dengan huruf U,” katanya.