fbpx

Ustazah Asma’ Tegur Dialog Drama Maki Mak Mentua Di Tanah Suci

Pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun menerusi sesi siaran langsung di TikTok live menjadi perhatian ramai apabila menegur babak drama yang ditayangkan di TV3. 

Menerusi sesi live itu, Ustazah Asma menegur dialog yang digunakan agak melampau apatah lagi ianya dibuat di Tanah Suci.

BACA: Ustazah Asma’ Akui Kuat Cemburu, Tak Boleh Terima Jika Suami Kahwin Lain

Dialog tersebut berbunyi, “Hei perempuan, kau dengar apa aku cakap, depan makan Rasulullah ni aku cakap depan muka kau, kalau Rayan benci aku, aku akan pastikan dekat tanah haram ni kau mampus”.

@akmal_pro

#Assalammualaikum #UAH#???

? original sound – akmal_102 – akmal_102

Menurut Ustazah Asma lagi, ketika dia melihat sedutan berkenaan dia mengakui menggeletar serta mempersoalkan bagaimana boleh terfikir menulis skrip seperti sedemikian.

“Saya masa tengok, tangan saya ketar. Macam mana boleh terfikir nak buat skrip macam ni, menggunakan makam nabi?.”-katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ustazah Asma dilihat ada memuat naik kenyataan panjang menegur pihak berkenaan agar menyunting semula babak berkenaan menggunakan perkataan kesat.

“Mohon edit part ni! Tak perlu terdesak sangat untuk hidupkan watak Misha ni sampai perlukan skrip sebegini!. Gunakan bersumpah demi Maqam Mulis Nabi Muhammad dan menggunakan nama Tanah Suci.

“Apapun alasan, tiada alasan yang boleh diterima untuk dialog seperti ini digunakan oleh seorang wanita Islam dengan berpakaian lengkap dengan perkataan sangat kesat dihujungnya begitu,” tulisnya.