fbpx

Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun berkongsikan pendapatnya mengenai poligami dan jika suaminya mahu berkahwin lain.

Menerusi video dikongsikan TikTok, Ustazah Asma berkata dia tidak boleh menerima suaminya berkahwin lain dan suaminya tidak pernah bertanyakan soalan mengenai perkara tersebut.

BACA: Fathia Latiff Menangis Dapat Bertemu Ustazah Asma Harun

https://www.tiktok.com/@ustazahasmaharun/video/7272266536524500225?embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_name&refer=embed&referer_url=ohmedia.my%2Ftrending%2Fustazah-asma-mengaku-kuat-cemburu-tak-boleh-terima-jika-suami-kahwin-lagi%2F&referer_video_id=7272266536524500225

“Saya jawab terus terang saya tak nak. Saya tak boleh terima. Saya daripada dulu sampai sekarang saya cakap benda yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, pendakwah itu mengatakan dia seorang wanita yang kuat cemburu dan bimbang perasaan itu akan memudaratkan dirinya.

“Saya seorang wanita yang sangat kuat cemburu. Saya tak boleh kawal emosi saya, akan jadi mudarat pada diri saya,” katanya.

Umum mengetahui sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kisah rumah tangga pempengaruh media sosial, Abang Tesla yang berkahwin dua sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.