Ustaz Kazim Elias Rakamkan Album Nasyid
Penceramah terkenal, Datuk Mohamad Kazim Elias yang sebelum ini memutuskan untuk tidak lagi menyertai sebarang program ceramah yang bersiaran di televisyen kini dalam proses menghasilkan album nasyid. Nampaknya semangat Ustaz Kazim sentiasa membara untuk berdakwah.
BACA: Ustaz Kazim Elias Tarik Diri Dari Terus Muncul Di TV
Menurut Ustaz Kazim, album tersebut akan berkonsepkan kekeluargaan dan ketuhanan. Beliau akan memberikan nafas baharu kepada beberapa lagu lama yang pernah dinyanyikan oleh beberapa kumpulan nasyid, antaranya Orkes El-Suraya.
“Album ini mendapat sentuhan daripada kumpulan nasyid, Inteam. Berkemungkinan besar bulan depan saya akan masuk studio untuk rakaman dan album ini akan berada di bawah label Inteam Record,” katanya.
Ustaz Kazim berkata, kehidupannya kini lebih tenang selepas tidak lagi terlibat dengan program dan ceramah di stesen televisyen dan kini fokus utama beliau ketika ini adalah kepada Pusat Pendidikan Al Barakah. (rtky/s)
baguslah ustadz akan merakamkan sebuah albumn nasyid tidak lama lagi. Sekurang2nya ustaz telah menggunakan minat menyanyi dalam diri ustaz sepenuhnya untuk manfaat kaum muslmin dengan lagu2 nasyid yang akan membawa mesej mempertingkatkan institusi kekeluargaan dan unsur2 pengajaran islam.
tahniah ustaz…..teruskan perjuanganmu…
suka ustaz Kazim….ceramah sempoi…tapi berkesan di hati…..
maaf ustaz, mmg sy minat ustaz ceramah kat tv, serious best & lawak, x boring.. tp ceramah je la.. nyanyi? x sedap.. serius! suara x sdap langsung… tlg la hentikan niat tu.. maaf, cuma berterus terang