Ustaz Kazim Elias Buang Mekap Ketika Live Tunjuk Kesan Sakit Misteri
Umum mengetahui pendakwah terkemuka, Datuk Ustaz Kazim Elias menghidap penyakit misteri yang dikatakan dihantar oleh seseorang.
Perkongsiannya di Facebook baru-baru ini mengejutkan ramai, penyakit misteri dihidapinya itu menyebabkan kulit wajah, kaki, perut dan beberapa bahagian lain menjadi kehitaman serta mengeluarkan darah.
BACA: Ustaz Kazim Elias Rayu Cari Ubat, Aeril Zafrel Dikecam Tak Tunjuk Simpati
Terbaru, Ustaz Kazim dijemput ke program MeleTOP malam tadi dan berkongsi serba sedikit mengenai kondisi kesihatannya. Ustaz Kazim memberitahu bahawa beliau telah diserang penyakit berkenaan sejak dari tahun 1997.
Apa yang mengejutkan pengacara dan penonton program tersebut, Ustaz Kazim membuang makeup di muka serta menunjukan kesan penyakit yang dihidapi di kaki.
Ustaz Kazim juga memaklumkan pernah sebulan beliau tidak boleh membuang air kecil dan ketika mendapatkan rawatan doktor menjelaskan ada satu ‘benda’ putih yang menggangu saluran kencing.
Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata pendedahan tersebut dilakukan bukan untuk tujuan marketing atau mahu mempromosikan filem lakonannya berjudul Zim Zim Ala Kazim.
“Pernah sebelum ini saya mandi menggunakan air yang dibaca dengan ayat suci Al-Quran dan jarum keluar dari bahagian tubuh saya. Itulah perbuatan sihir, benda yang menyalahi ada dan kebiasaan kita.
“Saya dedahkan semua ini bukan untuk tujuan marketing kerana saya tidak perlukan semua itu,” katanya.
Dari fitnah dia dtg kpd fitnah dia kembali…
Pelik gk ko ni sorg je dok bising ko kena sihir nk kata ko ni alim ulamak tersohor di alam buana ke, di melayu raya ke, tak jugak. Dlm media social Msia jek ko terkenal, ramai lg ustaz yg lbh tinggi ilmu, zuhud amalan dan punya penuntut ilmu jutaan org pun xde citer depan kena sihir ka?!
Gi jumpa specialist la, jangan dok percaya dengan bomoh atau perubatan alternatif. Ni la masalah diorang ni yang tolak sains sampai kesihatan pun terjejas. Mamat ni la yang cakap yang bumi berada ditengah solar system dan matahari, planet berputar keliling bumi kan?
betul tu @Min. aku stuju.. hahaha. gigih justify pakcik ni. pegi la jumpe specialist dari merempan x tentu hala kat media.
ni kencing manis ustaz.. sy dah banyak kali jumpa patient macam ni. kencing manis ada dua jenis, satu basah, satu kering. ustaz yang kering.. sudah2 lah cakap penyakit misteri. tak ada misteri pun
aku, bab2 sihir, malas nk komen lebih. bukan aku pernah kena pun. mintak dijauhkan.
korang kalau tak pernah kena kat batang hidung sendiri, duk jgn bisingla, kata macam2 kata ustaz ni propa bagai. korang tak fofular, sapa nk sihir korang. buang karan je sihir korang.
ustaz ni berani nasihat, jadi yang tak boleh terima nasihat, buatla macam2 cara. ko ingat orang2 elite (doktor pakar, mak pak datin, CEO, etc) yang korang duk banggakan tu, tak main sihir ke woi. ko tak kenal depa, mana korang tahu. Melebih2 lagi diorng pasal bab khurafat ni. Janji ada duit, semua no hal. Dah status diorng tinggi, takkan nk declare main sihir. sebab tu korang tak tahu. yang korang tahu golongan marhaen je kena sihir. katak bawah tempurung la korang
Woi Uncle aka ustaz tik tok …pi la jumpa doktor specialist ka apa … Depa give up …ko pi jumpa pharmacy ….ni asyik bomoh …
Ish …. Biol betul la …
Mak sy br je ninggal..adik2 sibuk ckp kn sihir..padahal kn kencing tikus..pnt berdebat ngn org x caye perubatan moden ni..
korang ni, tgk portal rotikaya je ke, baru kenal, tahu sakit ustaz ni. walhal ustaz ni dah ckp byk kali kot, dia dah pi jumpa pakar-pakar perubatan moden, dia dah jumpa pi pakar-pakar perubatan alternatif. korang main hentam je ye, “pi jumpa specialist” “x caye perubatan moden”, “Jumpa pharmacist”.. tolongla, kalau baru stakat tgk 1/2 artikel pasal ustaz ni, jgn cakap lebih la woi, korang dah sama macam fitnah umpat ustaz ni.
ni lagi satu “ni asyik bomoh”, mereng ke korang ni. bila kala ustaz ni jumpa bomoh?? korang tau tak beza bomoh dan perubatan islam. jauh beza la makcik pakcik tingkap. bomoh tu amal apa, korang tau tak?? main hentam cakap.
nak mengumpat pun, jgnla sampai jatuh fitnah. korang tak minat ustaz ni, x payah cakap banyak.
bila kala ustaz ni tolak perubatan moden, walhal dalam ceramah2 dia banyak galakkan orang2 tua pi jumpa doktor selain dari asyik amik ubat alternatif je. jangan main serkap jarang la