fbpx

Ustaz Kazim Dedah 15 Tahun Susah Tidur, Hanya ‘Lelap Dalam Kereta

Pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias berkongskan keadaannya sudah kembali pulih daripada masalah kulit dipercayai disebabkan perbuatan sihir yang dihantar kepadanya sejak beberapa tahun lalu.

Memetik BH Online, Ustaz Kazim meluahkan rasa syukur dapat merasa nikmat kembali sihat serta tidak sanggup lagi menjalani rawatan mennyakitkan sehingga berhabis wang ringgit.

BACA: Ustaz Kazim Dedah Pelawak Terkenal Bayar Bil Surau & Masjid, Netizen Kata Jep Sepahtu

“Saya bersyukur sangat dapat kembali merasai nikmat sihat. Cukuplah duduk lama di hospital, berubat lama dan banyak berhabis duit. Cukuplah sakit dan berhadapan dengan pelbagai gangguan termasuk nampak perkara bukan-bukan.

“Walaupun isteri dan anak-anak sudah lali dengan perkara ini, tapi kalau boleh saya tak mahu lagi hidup seperti itu,” katanya.

Menurut Ustaz Kazim, bagaimanapun dia perlu berpantang mengambil beberapa makanan kerana bimbang boleh memudaratkan badannya serta berhati-hati ketika bercakap di ceramah dikhuatiri boleh buatkan orang terasa hati.

“Kesan daripada santau, saya perlu jaga makan. Sampai sekarang saya tak boleh makan rebung, limau nipis, kambing dan tak boleh minum air tebu sebab semua itu ada bisa. Kalau makan, badan saya akan sakit dan pedih.

“Dulu masa muda, saya jadi penceramah yang garang, lantang dan bersemangat. Ketika itu, ada orang marah kerana mungkin saya terlepas cakap. Selepas dapat tahu saya tanya dan mengadap orang yang menghantar sihir kepada saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim mendedahkan dia masih berdepan dengan masalah sukar tidur sejak 15 tahun lalu akibat gangguan sihir tersebut dan hanya boleh tidur jika berada di dalam kereta.

“Saya mula kena sihir pada 1997 dan sudah mula beransur pulih sejak 2021. Sekarang, saya hadapi kesukaran tidur selama 15 tahun. Saya hanya boleh tidur kalau dalam kereta sahaja.

“Kalau malam saya hendak tidur, saya akan minta pemandu bawa kereta ke Tanjung Malim misalnya, kemudian patah balik. Jadi, dapatlah saya tidur selama dua hingga tiga jam. Saya sudah dapatkan rawatan doktor, namun tidak dapat diselesaikan juga.

“Sihir ini tidaklah hilang sepenuhnya, ‘tapak’ atau ‘bekas’ daripada gangguan itu masih ada. Disebabkan itu, kalau saya pergi ke tempat yang ada gangguan, saya akan rasa seperti tidak kena,” katanya.

SUMBER: BH Online