Ustaz Ebit Lew Luah Rasa Bersalah Tak Mampu Bantu Semua
Sejak semalam, nama pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew menjadi perhatian ramai apabila membeli 100 unit tablet untuk diberikan kepada pelajar susah yang memerlukan.
Menerusi perkongsian terbaru, Ustaz Ebit berasa sebak kerana hanya mampu menyediakan sebanyak 100 unit sahaja tetpai dia menerima hampir 43 ribu mesej daripada mereka yang memerlukan tablet untuk anak belajar.
BACA: Solat Sunat, Menangis Cara Ebit Lew Tenangkan Hati Jika Dikecam Netizen
Bukan itu sahaja, Ustaz Ebit turut menerima ribuan permohonan sumbangan keperluan harian seperit kerusi roda dan van jenazah dari pelbagai bangsa, negeri. Ada yang hilang pekerjaan serta golongan kelainan upaya (OKU).
Menerusi perkongsian itu, Ustaz Ebit turut memohon maaf kerana tidak dapat memabntu ramai orang serta berharap agar dosanya diampunkan.
Ustaz Ebit rutu berdoa agar mereka yang benar-benar berada dalam kesusuhan diberikan bantuan dan dipermudahkan urusan oleh Allah.
Diruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan perkongsian pendakwah itu serta mendoakan agar dimurahkan rezeki supaya dapat membantu mereka yang memerlukan.
X kan la 1 Malaysia harapkan bantuan dari ust. EL.. mmg la dia x mampu nk tunaikan..
Jutawan2 M’sia yg ramai2 tu, x terasa ke nk hulurkan sumbangan sama?
The ustaz cannot do everything. He cannot help everyone. Please have a heart. Help him to help others. Where are those so called rich people on MY? You show off your big houses, your swimming pools, your nice furnitures, your money that you show on socmed. Where are you? Now is the time to show off your kindness ie. if you have a heart lah….Help Ustaz EL to help others.
Oleh kerana ustaz Ebit Liew seorg yg berwibawa utk kerja2 amal sebegini, ayuh rakyat Msia kita derma RM 1 je setiap bulan kpd Pertubuhan Kasih Umat beliau supya blh diagih2kan kpd mrk2 yg memerlukan …. dgn slogan dari rakyat utk rakyat, rasanya ramai yg akan membantu beliau
Silverguy68..
Acik setuju saranan ko..
Moh kiter
Alangkah baiknyer jika penyanyi no 1 negara sweetheart Malaysia tu dermawan mcm ustaz ebit liew. Kebanyakan artis jutawan kat Malaysia ni dah kaya raya makan sendiri. Pastu sanjung jadi no 1. Piiiirah!
Jika ada 10,000 org jutawan bantu derma rm10,000 seorang, missi ini akan tercapai.