fbpx

Ustaz Don Nafi Tambah Isteri

Entah dari mana datangnya khabar angin mengatakan bahawa Ustaz Don berkahwin satu lagi namun perkara tersebut lantas dinafikan oleh penceramah selebriti ini. Malah Ustaz Don menegaskan bahawa isterinya masih seorang iaitu Dr. Husna Zahry yang dinikahinya pada 2012.

BACA: Wardina Safiyyah Kritik Ustaz Don Daniyal Di Facebook

“Jujurnya saya belum pernah mendengar gosip mengatakan saya kahwin dua dan tidak tahu langsung mengenainya. Dakwaan itu tidak benar! Kalau benar saya kahwin dua, seronoklah… Setakat ini isteri saya hanya seorang,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, jika benar khabar angin yang disebarkan itu, dia tidak akan berahsia mengenai perkara yang baik dan pasti akan berkongsikannya bersama umum.

“Kalau benar, pasti saya tak akan sorok kerana perkahwinan merupakan perkara yang baik. Bagaimanapun cerita saya kahwin dua ini memang tidak benar, jadi memang tidak betul, “ jelasnya sambil menyatakan bahawa mungkin isterinya akan berasa marah.

Isteri mana yang tidak marah bukan kalau tahu suami kahwin lain. Tapi dalam kes ini, dakwaan terhadap Ustaz Don adalah tidak benar sama sekali. (rtky/s)