fbpx

Ustaz Don Mohon Maaf Isu Puasa Pada Aidiladha

Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sekali lagi menjadi perhatian apabila apabila didakwa memberikan jawapan mengelirukan ketka menjawab pertanyaan pendengar di sebuah stesen radio.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Difahamkan, Ustaz Don memberikan jawapan berkaitan soalan sama ada boleh atau tidak berpuasa pada hari Tasyrik.

BACA: Ustaz Don Petik Kitab Bukan Hadis, Nafi Ingkar Arahan

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di Instagram, Ustaz Don memohon maaf berikutan memberi kenyataan mengelirukan mengenai perkara itu.

“Assalamualaikum WBT kepada semua. Saya minta maaflah sebab menjawab dalam keadaan mengelirukan. Saya minta maaf kepada semua. Minta maaf banyak-banyak, semoga Allah Taala mengampunkan dosa kita semua. Minta maaf semua.

“Okey jawapan yang betul pada Hari Raya Aidiladha tak boleh puasa dan pada Hari Tasyrik juga, termasuk sekali Hari Raya Kedua, ketiga dan keempat iaitu pada hari 11,12 dan 13 (Zulhijjah). Okey,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial Ustaz Don menjawab diharamkan untuk berpuasa pada hari raya pertama sama ada pada Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidiladha.

“Jadi kalau tanya boleh tak berpuasa pada Hari Raya Haji, tak boleh kalau hari raya yang pertama. Hari raya kedua, Ketiga dan keempat bolehlah. Sama juga macam Aidilfitri. Aidiladha tak boleh, Aidilfitri tak boleh pada hari raya pertama,” katanya.

Dalam video lain, Ustaz Don berkata dia memberikan penjelasan yang mudah difahami oleh pendengar yang ketika itu bertanyakan boleh atau tidak berpuasa pada hari raya pertama Aidiladha.

“Jadi masa kami nak rakam, kami tanya ini hari raya pertama sahaja ke? Hari raya pertama sahaja dia jawab, untuk kita beritahu yang mudah.

“Jawapan yang panjang sepatutnya Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri hari pertama tak boleh puasa, sama macam Aidilfitri hari raya kedua, ketiga dan keempat itu baru boleh puasa.

“Berbeza dengan Hari Raya Aidiladha ada Hari Tasyrik pada 11, 12 dan 13. Bila jadi macam itu panjang huraian dia.

“Masa itu nak bagi faham sahaja, hari raya pertama tak boleh puasa. Itu sahaja. Tapi saya minta maaf, sebab jawab mengelirukan. Maafkan saya,” katanya.