fbpx

Ustaz Don Petik Kitab Bukan Hadis, Nafi Ingkar Arahan

Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal mendakwa salah faham menggunakan hadis tanpa sumber menjadi punca dia direhatkan terus dari program Salam Baitullah.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik BH Online, menerusi satu sidang media malam tadi Ustaz Don berkata perkongsiannya dimanipulasi serta menafikan dia ingar arahan stesen penyiaran program tersebut.

BACA: Ustaz Don Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah

Ustaz Don turut menjelaskan dia tidak memetik hadis sebaliknya kitab yang ditulis oleh Imam Masjidil Haram dan tidak mungkin Imam menulis perkara salah.

“Mereka hanya mendengar daripada satu pihak tanpa menyiasat hingga kenyataan saya dimanipulasi. Ketika bersiaran saya tidak sebut langsung mengenai hadis, tetapi saya memetik kitab ditulis oleh Imam An Nawawi Al Bunyan’? berjudul Tanqihul Qaul Al Hadith yang menghuraikan (Syariah) kitab Lubab Al Hadith.

“Beliau orang Melayu (Nusantara) yang menjadi imam Masjidil Haram. Mana mungkin Imam menulis perkara salah dan kalau saya memetik kitab berkenaan maksudnya Imam ini juga melakukan kesilapan,” katanya.

Sementara itu, Ustaz Don turut menjelaskan dia memetik kitab berkenaan untuk memuliakan guru serta mendakwa menipulasi tercetus disebabkan sekerat sahaja video yang dilihat.

“Saya gunakan perkataan ulama untuk memuliakan guru, berbeza daripada apa yang didakwa. Ini kerana saya beri motivasi kepada orang ramai untuk beramal.

“Kita timbulkan penghormatan kepada guru, sambut dengan selawat, tetapi manipulasi tercetus sebab hanya sekerat sahaja video dilihat, bukan keseluruhan program berdurasi lebih sejam itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, sepanjang 14 tahun menjadi perceramah Ustaz Don berkata ini pertama kali dia tampil memberikan penjelasan mengenai kontroversi terpalit dirinya serta memaafkan semua pihak.

“Saya bukannya nak keruhkan keadaan, sebaliknya sebagai pendakwah saya perlu membersihkan nama yang sudah tercalar demi kerjaya,

“Saya memaafkan semua orang sebab malu saya kepada Imam Syafie. Sebab Imam Syafie memaafkan semua orang yang menyebabkannya dipenjara. Saya baru sedikit sahaja, direhatkan. Tidak ada terguris di hati kerana saya mengasihi semua umat Nabi Muhammad,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata program berbaki empat episod itu tidak akan menampilkan pendakwah itu susulan kenyataannya dalam program tersebut menimbulkan kekeliruan.

Ini susulan dakwaan mengatakan Ustaz Don berkongsi hadis tanpa sanad atau sumber apabila menyatakan memandang wajah guru lebih baik daripada sedekahkan 1,000 ekor kuda di jalan Allah.

SUMBER: BH Online