Penyanyi Usop mendedahkan dia dan isterinya, Nur Fatihah terkena sihir pemisah sehingga memberi kesan terhadap hubungan rumah tangga mereka.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Usop berkata perbuatan syirik itu dilakukan oleh orang terdekat sehingga dia menjadi ‘panas’ dan bergaduh dengan isterinya.
BACA: Isteri Usop Selamat Bersalin Anak Lelaki, Pilih Nama Muhamad Saif Umar
“Saya pelik..kitaorang ada buka kedai, kedai Alhamdlillah mula-mula memang ramai. Selepas isteri saya bersalin kedai saya drop. Sales saya drop, kitaorang bergaduh dekat dalam kedai. Lama juga la.
“Saya jadi macam tengok bini saya jadi rasa panas padahal benda sikit ja pun. Bini saya pun ada mimpi pelik-pelik, bangun-bangun ada lebam. Astaghfirullahazim.
“Beratlah juga. Saya tak nak cerita lebih-lebih. Saya tak pernah kacau orang, cari masalah dengan orang, tak pernah gaduh dengan orang tapi saya pelik kenapa orang tak puas hati dengan saya. Apa masalahnya? Kalau tak puas hati hang cakap,” katanya.
View this post on Instagram
Sementara itu, Usop berkata dia dan isteri sudah beransur pulih serta tertanya-tanya mengapa ada yang tidak berpuas hati dengan dirinya kerana dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.
“Alhamdulillah dah berubat. Saya nak cakap lebih-lebih pun saya tak berani tak tahulah apa yang orang tak puas hati dengan saya. Kalau saya dan bini ada salah, kami minta maaf. Apa-apa kalau tak puas hati mai jumpa depan,” katanya.
Dalam pada itu, Usop berkata dia mengenali individu yang menghantar sihir kepadanya. Katanya lagi, individu itu pernah bekerja bersama dan dianggap sahabat.
“Saya pun dah lama tak jumpa dia. Saya dapat tahu orang tu orang terdekat pernah bekerja dengan saya, pernah tidur sebantal dengan saya. Saya jadi macam kenapa? Apa aku buat dekat dia? Apa isteri aku buat dekat dia?.
“Biar Allah je balas, aku tak boleh balas satgi jadi lagu lain. Pada orang tu, saya nak cakap satu ja, kita tak selamanya hidup dalam dunia ni, esok hang mati sama juga, Taubatlah,” katanya.