fbpx

Azzam Sham Juara Big Stage 2020, Bawa Pulang RM100,000

Menewaskan empat peserta lain, penyanyi Azzam Sham dinobatkan sebagai juara Big Stage 2020. Azam membawakan dua lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu serta Granede sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Naib juara, Usop membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi Big Stage. Usop membawakan Arjuna Mencari Cinta dan Airmata manakala lagu kedua Peluang Kedua (Nabila Razali).

Tempat ketiga yang dirangkul oleh Qody Rany,berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi Big Stage.

Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing di kedudukan keempat dan kelima.

Kesemua peserta dihakimi oleh dua juri tetap iaitu Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Ajai serta juri undangan Misha Omar.