fbpx

Usop, Isteri Selamat Timang Anak Kedua

Isteri kepada penyanyi Usop iaitu Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan cahaya mata kedua, bayi perempuan pada Selasa lalu di sebuah pusat perubatan di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Memetik mStar Online, Usop meluahkan rasa syukur diatas kelahiran anak keduanya itu namun ralat berikutan tidak dapat menemani isterinya di bilik bersalin kerana terlibat dengan persembahan.

BACA: Usop Dedah Terkena Sihir Pemisah, Jadi ‘Panas’ Dengan Isteri

“Kalau ikutkan doktor beritahu bersalin hujung Mei atau awal Jun. Jadi semuanya berlaku secara mengejut. Petang semalam (Rabu) saya ke Sintok kerana terlibat dengan persembahan. Ketika acara disana berlangsung saya dimaklumkan isteri sudah berada di wad kecemasan.

“Memang tak sempat nak balik sebab saya perlu teruskan kerja. Takkan saya nak tinggalkan acara sebab orang dah bayar. Syukur isteri dan anak kami selamat,” katanya.

Sementara itu, Usop berkata dia sempat menemani isterinya makan di luar sebelum bertolak ke Sintok dan ketika itu belum ada tanda akan bersalin.

“Sejak awal pagi saya dah ada rasa isteri akan bersalin hari ini (Rabu). Saya sempat bawa dia keluar makan. Macam-macam dia nak makan termasuk pulut durian,” katanya.

Dalam pada itu, Usop berkata dia bakal berkongsikan nama dan wajah anaknya dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Usop dan Fatihah mendirikan rumah tangga ada 4 Februari 2022. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Muhammaf Saif Umar kini berusia dua tahun.

SUMBER: mstar Online