fbpx

Usia Cecah 40 Tahun, Sherry Ibrahim Akur Jodoh Belum Sampai Lagi

Usianya menginjak 40 tahun, pelakon Sherry Ibrahim juga tidak terlepas ditanyakan mengenai soal mendirikan rumah tangga.

Memetik Harian Metro, Sherry berkata dia tumpang gembira dengan rezeki jodoh dan zuriat mereka yang berada di sekelilingnya.

BACA: Sherry Ibrahim Tampil Berniqab Di Majlis Agama, Netizen Doa Kekal Istiqamah

Menurut Sherry, dia bukan tidak mahu berkahwin namun jodohnya masih belum sampai lagi serta mengakui gembira dengan dirinya sendiri ketika ini.

“Kalau sudah ada keputusan mengenai ke arah itu (perkahwinan) pasti saya akan berkongsi kepada umum. Saya kurang selesa untuk menjawab mengenai perihal peribadi.”

“Pada ketika ini memang saya gembira dengan diri saya sendiri. Bukan tidak mahu berkahwin, mungkin jodoh itu belum sampai lagi,” katanya.

Sementara itu, Sherry berkongsikan perkembangan terkini apabila dia berjaya menurunkan berat sebanyak enam kilogram dan mahu mengekalkan berat badannya itu.

“Saya bersenam tiga kali seminggu dan menjaga pemakanan dalam masa yang sama. Memandangkan saya suka makan benda manis, jadi saya mengawal pengambilan karbohidrat.

“Berat badan saya turun secara mendadak sekitar tahun lalu kerana tuntutan kerja. Sudahlah sibuk dengan pelbagai benda, selera makan pun tiada.

“Alhamdulillah, selera makan saya sudah kembali namun harus dikawal. Tidak dinafikan ramai yang ingat saya sakit, namun saya bertenaga untuk beriadah,” katanya.