fbpx

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Sherry Ibrahim menjadi perhatian apabila dilihat tampil mengenakan niqab dalam majlis agama yang diadakan oleh usahawan terkenal, Noor Neelofa.

Menerusi posting tersebut, Sherry memuat naik gambar bersama Neelofa ketika menghadiri majlis Maulidur Rasul di kediaman ibu kepada Muhammad Bilal itu.

BACA: Sherry Ibrahim Dikecam Pakai Seluar Ketat Warna Kulit

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim)

“Bersama seorang yang berjiwa indah Neelofa. Terima kasih Lofa dan keluarga sebab menjemput saya,” tulisnya.

Sementara itu, pelakon Zulin Aziz yang turut serta dalam majlis agama itu juga berkongsikan gambar bersama rakan artis lain termasuklah Sherry Ibrahim, Mawar Rashid, Bella Astilah, Wawa Zainal dan Kaka Azraff.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

Namun, rata-rata netizen tertumpu pada penampilan Sherry ang manis mengenakan jubah labuh dan lengkap berniqab berwarna putih.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Sherry apabila tampil berniqab serta mendoakan agar pelakon berusia 39 tahun itu terus istiqamah.