fbpx

Usia 25 Tahun, Daisyan Trisha Dah Beli Rumah Sendiri

Nampaknya usaha keras Daisyan Trisha selama hampir beberapa tahun menceburi bidang seni akhirnya mendatangkan hasil, apabila penyanyi dan pelakon sudah membeli rumahnya sendiri di usia 25 tahun.

Daiyan berkongsikan berita gembira itu kepada peminatnya di akaun Instagram miliknya. Menurut Daiyan, dia menyimpan impian untuk membeli rumah sendiri ketika berusia 23 tahun lagi.

BACA: “Alang-Alang Tunjuk Lurah, Boleh Tak Tunjuk Dada Sekali?”

Ujarnya lagi, dia mula mengumpul duit sejak dua tahun lalu. Meskipun proses membeli rumah agar sukar, namun dia berjaya membeli rumah jenis kondominium yang terletak di ibu kota.

“Saya mula kumpul duit kira-kira dua tahun lalu selepas meninjau beberapa kediaman untuk dibeli. Ternyata prosesnya agak susah juga dan banyak perkara baru saya belajar.

“Saya bekerja keras untuk memastikan dapat beli kediaman sendiri. Kalau kita ada perancangan dan kuatkan hati, Insya-Allah apa yang dicita-citakan akan jadi kenyataan,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, menerusi Instagram, rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah dan bangga di atas pencapaian Daiyan. Malah, ada yang menjadikan kisah Daiyan ini sebagai inspirasi dan kagum dengan penyanyi itu kerana masih ramai mereka di luar sana yang masih bergelut mencari pekerjaan di usia 25 tahun.