fbpx

Usia 19 Tahun, Aiman Tino Bergelar Pengarah Urusan

Siapa sangka,  Aiman Tino bukan saja bergelar penyanyi muda yang digilai ramai gadis, kini dia bergelar pengarah urusan syarikatnya sendiri Manno Resources Sdn. Bhd di usia 19 tahun.

Menurut Aiman, dia melihat usia muda tidak menjadi penghalang untuknya memimpin syarikat berkenaan. Tambahnya lagi, dia turut dibantu oleh keluarganya. Syarikatnya itu kini mempunyai hampir 50 orang pekerja berpengalaman yang banyak membantunya.

“Saya tahu usia saya masih muda tetapi itu bukanlah penghalang untuk saya menggalas tanggungjawab tersebut kerana saya sentiasa ada keluarga terutama ibu bapa yang sentiasa ada dibelakang saya.

“Malah semua kakitangan syarikat yang hampir 50 orang kesemuanya juga banyak membantu memandangkan ramai di antara mereka berpengalaman dalam bidang perniagaan,” katanya kepada mStar Online.

Aiman berkata, dia sudah bersedia untuk membawa nama syarikatnya itu ke tahap lebih tinggi. Dia juga merancang untuk memperkenalkan lebih banyak produk termasuk fesyen, kecantikan, aksesori dan sebagainya.

Menerusi syarikat itu juga, Aiman ingin membantu masyarakat dengan menyumbangkan RM1 dengan setiap hasil jualan produk.