Tidak banyak yang kami boleh tulis tentang perkhabaran gembira ini buat masa ini. Kedatangan Usher ke Malaysia kali ini merupakan yang pertama.

Sebagaimana yang dunia tahu hari ini, Usher merupakan antara orang yang bertanggungjawab membawa Justin Bieber ke’mata dunia. Siapa tahu, Usher akan bawa Justin Bieber sebagai pengiring. OMG!

Kami akan update apa sahaja berita terbaru tentang konsert Usher di Kuala Lumpur 7 Julai ini di’sini. Jadi, stay tuned babe!

Update (3/6/2010) – Akhbar online kegemaran kami, mStar Online mengesahkan kehadiran Usher ke Malaysia bulan Julai nanti, berikut maklumat yang kami copy-pasta.

Penyanyi R&B popular, Usher (gambar) akan tiba ke Kuala Lumpur buat pertama kalinya dalam satu konsert istimewa yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 7 Julai ini.

Konsert yang dianjurkan oleh Galaxy Group itu akan menyaksikan persembahan hebat Usher sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi sehingga membolehkan dia memenangi lima anugerah Grammy.

Penyanyi berusia 31 tahun yang popular dengan genre muzik modern R&B itu amat dikenali dengan lagu-lagu popularnya seperti Nice&Slow, You Make Me Wanna, U Remind Me, U Don’t Have to Call dan Yeah! And Burn.

Album-albumnya selama ini terjual berjuta-juta unit seluruh dunia.

Album keempatnya iaitu Confessions telah terjual melebihi 10 juta unit di Amerika Syarikat dan melebihi 20 juta unit seluruh dunia. Ia menggambarkan betapa Usher diletakkan sebagai artis antarabangsa yang hebat.

Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan penyanyi itu telah dijual dengan harga serendah RM98 sehinggalah RM488.

Untuk mendapatkan tiket berkenaan bolehlah menghubungi hotline Galaxy di talian: 03-22822020 atau di Ticket Axcess menerusi nombor telefon 03-77115000.