fbpx

Usahawan Tudung Nafi Punca Fattah & Sherry Putus Cinta

Baru semalam berita perpisahan hubungan cinta diantara Fattah Amin dan Sherry Ibrahim, hari ini timbul pula dakwaan mengatakan punca perpisahan mereka kerana adanya pihak ketiga. Malah punca perpisahan itu turut dikaitkan dengan seorang usahawan peniagaan tudung, Hanis Arif (gambar di bawah). Beliau yang terkejut dengan berita tersebut menafikan dakwaan itu

BACA: Sherry Ibrahim Redha Berpisah, Mahu Masa Sendiri

hanis

“Saya terkejut apabila dikaitkan sebagai punca mereka berpisah, saya mengenali Fattah sejak tiga tahun lalu sebagai rakan biasa sahaja dan tiada hubungan istimewa. Mungkin orang nampak kami berjumpa minggu lalu, namun ianya hanya sekadar atas urusan kerja kerana Fattah minta saya bantu dia menjayakan sebuah program berkaitan fesyen muslimah”

“Kami berjumpa pada pukul 11 malam di sebuah kedai mamak di Subang kerana itu sahaja masa yang ada, bukanlah pukul 1 pagi seperti yang diperkatakan pemilik media sosial. Sebenarnya, selepas kami berjumpa minggu lalu kami belum ada berhubung sehingga sekarang,” katanya kepada m Star Online berhubung dengan perpisahan diantara Fattah dan Sherry.

Akibat terpalit menjadi punca perpisahan dalam hubungan cinta Fattah dan Sherry, Hanis mengakui turut menerima banyak mesej peribadi di laman sosial yang menuduh beliau cuba menganggu hubungan pasangan terbabit. Namun Hanis memilih untuk tidak melayan kritikan pedas itu walaupun ada diantarannya sehingga bertindak memarahi beliau.

Terdahulu, Sherry menerusi akaun Instagram beliau meminta untuk diberikan ruang dan masa untuk dirinya bersendirian sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hubungan cinta beliau dan Fattah yang kini sudah berakhir. Sebelum itu, Fattah telah tampil mendedahkan perpisahan hubungan mereka kepada umum setelah gagal menyelamatkannya. (rkty/w)