fbpx

Usahawan Malaysia Berminat Beli Kelab Newcastle United

Bercampur perasaan apabila mula ramai pihak dari Malaysia yang beminat untuk terlibat dalam model business berskala besar seperti bola sepak England.

Bangga kerana usahawan Malaysia sudah mampu bersaing & setaraf dengan usahawan lain. Susah hati kerana bola sepak tempat sendiri masih terumbang ambing.

Tidak mengapa. Itu duit mereka. Utusan Malaysia memberitahu yang pemilik Newcastle United kini mengesahkan ada menerima kunjungan sekumpulan usahawan Malaysia yang berminat untuk membeli kelab tersebut.

Newcastle United telah tersingkir dari Liga Perdana & kini mereka ingin menjual kelab terbabit pada harga RM555.7 juta (~100 juta pound).