fbpx

Usahawan Berjaya Kekasih Baru Elfira Loy?

Belum habis lagi spekulasi mengenai perpisahan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi, peminat sudah mengandaikan wanita itu sudah punya pengganti apabila gambar bersama usawahan yang dikenali, Asyraff Mazlan tersebar di media sosial.

BACA: Akui Belum Matang, Percaya Naluri Ibu

Menerusi Insta story, Elfira bersama kakaknya dirakam bersama meraikan ulangtahun kelahiran Asyraff di sebuah restoran. Video yang dimuat naik Asyraff sekaligus membuatkan peminat tertanya-tanya adakah beliau cinta baru Elfira.

Rata-rata peminat membuat andaian usahawan muda itu adalah kekasih baru Elfira. Lebih menguatkan lagi spekulasi itu apabila Asyraff memuat naik gambar dengan Elfira ketika di Mekah awal bulan lalu berserta kepsyen romantis.

Manakala Sufian Suhaimi pula apabila ditanya mengenai perkara ini berkata, beliau mengetahui hubungan Elfira bersama jejaka itu sebagai rakan sebelum ini. Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana sudah putus.

Jika benar berita ini apa salahnya, sudahlah mempunyai wajah yang kacak dan matang malah jika dilihat pada Instagramnya juga boleh dikatakan seorang yang mempunyai kehidupan mewah. Pasti ibu Elfira suka dengan pilihan kali ini! (rtky/w)