fbpx

Akui Belum Matang, Percaya Naluri Ibu

Mengakui belum bersikap matang untuk melalui hubungan pertunangan dengan Sufian Suhaimi, Elfira Loy mempercayai naluri seorang ibu. Jelasnya, ibunya bukanlah punca utama perpisahan itu berlaku tetapi itu adalah terbaik buatnya.

BACA: Elfira Loy Redha Putus Tunang

“Ada orang buat spekulasi kata ibu keluar kenyataan supaya selepas ini saya bertemu dengan lelaki yang lebih baik. Sebenarnya, ia bukan bermaksud yang dulu tak baik. Setiap masa ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak”

“Saya percaya naluri seorang ibu itu tepat kerana mereka sudah ada pengalaman hidup. Apa yang ibu buat ini adalah benda betul sebab saya masih belum cukup matang untuk melalui perhubungan ini”

Sebelum ini, ada individu mendakwa bahawa kegagalan Sufian menyediakan wang hantaran seperti yang dijanjikan merupakan punca mereka putus tunang. Dakwaan tersebut bagaimanapun sama sekali disangkal Elfira.

“Apa yang berlaku hanya keluarga tahu, orang lain tak tahu walaupun saudara-mara atau kawan. Saya tengok banyak spekulasi sebab mereka nak jadi orang pertama bercerita Iyalah, benda tengah panas,” jelasnya kepada m Star Online. (rtky/w)