fbpx

Uruskan Anak-Anak Sendiri, Sari Yanti Akui Terkial-Kial Tanpa Pembantu Rumah

Baru sahaja melahirkan cahaya mata kelima bulan lalu, pelakon Sari Yanti mendedahkan dia menguruskan anak-anaknya sendiri tanpa pembantu rumah mahupun pengasuh.

Menjawab persoalan peminat yang bertanyakan bagaimana dia menguruskan masa dalam berpantang apatah lagi memiliki dua lagi cahaya mata yang masih kecil, Sari mengakui agak terkial-kial.

BACA: Jep Sepahtu, Sari Yanti Selamat Timang Anak Ketiga

Malah, Sari berkata dia juga mengemas rumah sendiri meskipun sedang sarat sebelum ini kerana tidak berani untuk mengupah orang untuk mengemas rumah.

Ditanya pengikutnya sama ada mempunyai perancangan untuk mengupah pengasuh, isteri kepada pelawak Jep Sepahtu itu berkata dia masih berfikir mengenai perkara itu.

Sari mendirikan rumah tangga dengan Jep Sepahtu pada Februari 2017 juga dikurniakan Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir yang kini berusia 11 bulan.

Sari juga turut mempunyai dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu, Barr Al Aliy, 11, dan Baasit Al Haq, 10.