Pelakon Uqasha Senrose akhirnya mengesahkan dirinya kini hamil anak sulung. Berita gembira itu diumumkan oleh Uqasha di Instagram petang tadi.
Menerusi perkongsian itu, Uqasha menyifatkan rezeki zuriat antara yang paling besar buatnya dan suami, Kamal Adli.
BACA:
View this post on Instagram
“Syukur Ya Allah. Alhamdulillah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk saya. Nervous dari nak jadi isteri dan sekarang gementar untuk jadi ibu pula,” tulisnya.
Sementara itu, Uqasha turut meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan bayi dalam kandungan serta mengucapkan terima kasih baut mereka yang mendoakan.
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila netizen dikatakan ternampak ‘baby bump’ pelakon itu ketika sesi live namun Uqasha tidak menjawab sebaliknya hanya membiarkan soalan tersebut.
Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November 2021 di Bentong, Pahang.