fbpx

Uqasha Senrose Selamat Bersalin Anak Sulung, Pilih Nama Uqaira

Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang selamat menimang cahaya mata sulung mereka, bayi perempuan yang diberi nama Uqaira.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Uqasha di Instagram miliknya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.72 kilogram awal subuh tadi.

BACA: Uqasha Senrose, Kamal Adli Bakal Timang Anak Perempuan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Menerusi perkongsian itu, Uqasha turut memuat naik gambarnya berada di hospital bersama anak sulungnya itu namun tidak didedahkan wajahnya lagi.

Untuk rekod, Uqasha Senrose mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.