Uqasha Senrose, Kamal Adli Nikah 21 Oktober?
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose dikhabarkan bakal bernikah tidak lama lagi.
Lebih menguatkan lagi desas-desus berkenaan apabila Uqasha mengadakan majlis bridal shower di sebuah kediaman di ibu negara baru-baru ini.
BACA: Kamal Adli, Uqasha Senrose Nikah Minggu Ini?
Terbaru, pasangan itu dikatakan bakal disatukan pada 21 Oktober ini apabila tular welcome board majlis pernikahan mereka di aplikasi TikTok sejak semalam.
Menerusi video dikongsikan akuan @kadgalericinta, jelas memaparkan nama Kamal dan Uqasha pada majlis yang tertera pada Oktober 21.
@kadgalericinta Tahniah uqasha senrose dan kamal adli ?? #fyp #pengantinviral #uqashasenrose #kamaladli
Namun tidak dituliis tarikh perkahwinan mereka kerana ramai netizen beranggapan tarikh 21 Oktober itu sebenarnya merujuk kepada tahun 2021.
Menurut akaun berkenaan, dia menyerahkan Uqasha dan Kamal untuk mengumumkan tarikh hari bahagia mereka nanti.
“Guys (korang), jangan salah faham pasal tarikh itu, dia dalam bulan ni lah Oktober 21, tapi berapa hari bulan tu rahsia lah,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan tersebut yang melangsungkan pertunangan pada April lalu bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh majlis pernikahan mereka.
- SUMBER
- Kosmo!
Congratsss
Masih x nampak peranan menteri agama nak mertabatkan Islam dalam Kerajaan, masih ditakuk lama, tiada beza dgn kerajaan sebelum ini walaupun tiada parti yg melambangkan islam dalam kerajaan ketika itu.Apa yg disebukkan hari-hari hanya berkaitan isu politiknya saja.
Pas ada berapa meja?
Kena pastikan betul betul penerima vaksin mesti lengkap 2 dos, dan telah melepasi tempoh matang selepas suntikan dos ke 2 baru boleh rentas….kita tak mahu nanti ada pulak kes klaster balik kg makan kenduri rentas negeri, kerajaan perlu berhati hati sebab kita tak mahu kes yg lepas berulang kembali, semoga Allah lindungi kita semua.
nak gosip kak km
Halah boringlah. Next next
Org tunggu nak rentas ni ha. Cerita artis2 nak kawin, pakai tudung dan nak beranak boring dah wei. So 2 years ago :(
Kamal dgn intan ladyana lg nmpk sesuai..syg xde jodoh..
Episode 1 bertajuk ‘rentas negeri akan dibenarkan pada individu lengkap 2 dos’
Episode ke 2
‘pengumuman rentas negeri akan di buat minggu hadapan’
Episode ke 3
‘rentas negeri akan dibenarkan jika rakyat sudah menerima suntikan vaksin 80%
Episode ke 4
‘keputusan rentas negeri akan di buat 3 minggu lagi’
Episode ke 5
‘rentas negeri akan dibenarkan jika rakyat sudah menerima suntikan vaksin 90%’
Episode ke 6
‘hanya tinggal 6.9% sebelum rentas negeri jadi kenyataan’
Episode ke 7
‘Saya percaya rentas negeri sudah semakin hampir’
Episode ke 8
‘Ada kluster 10….”
Lambat la, aida jebat juga bagus, dah dapat anak ..ini si jerangkung Muka leper kelantan jenis nak buat party glamer2..kelantan la katakan.