fbpx

Kamal Adli, Uqasha Senrose Nikah Minggu Ini?

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose dikhabarkan bakal bernikah tidak lama lagi.

Lebih menguatkan lagi desas-desus berkenaan apabila Uqasha mengadakan majlis bridal shower di sebuah kediaman di ibu negara malam tadi.

BACA: Nikah Dalam Masa Terdekat, Uqasha Senrose Buat Bridal Shower

Dalam majlis bertemakan gaya Sepanyol itu, Uqasha dilihat angun mengenakan busana gaun kembang dan beropol berwarna merah. Lebih menjadi perhatian, Uqasha turut bergambar di sebuah pelamin mini yang direka khas untuk majlis tersebut.

Di ruangan komen rata-rata netizen meneka majlis perkahwinan Uqasha dan Kamal bakal berlangsung minggu ini. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengumuman rasmi daripada Kamal mahupun Uqasha mengenai tarikh hari bahagia mereka.

Terdahulu, pasangan tersebut yang melangsungkan pertunangan pada April lalu bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh majlis pernikahan mereka.