Uqasha Senrose Edit Gambar Sampai Tiang Dinding Pun Bengkok
Baru-baru ini perkongsian foto pelakon Uqasha Senrose menjadi perhatian ramai apabila sekali lagi membuat suntingan keterlaluan pada foto bersama tunangnya, pelakon Kamal Adli.
Menerusi perkongsian tersebut, Uqasha menyunting bahagian pinggul sehingga garisan dinding yang terletak di bahagian belakangnya bengkang-bengkok.
BACA: Lama Terperap Di Rumah, Uqasha Senrose Akui Hidup Macam Tak Betul
Perkongsian foto tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen mengatakan ternampak garisan tiang dinding itu bengkok, namun tetap memuji kecantikan Uqasha.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen menawarkan diri untuk membantu Uqasha membuat suntingan foto berkenaan tanpa meninggalkan bukti.
Sebelum ini, Uqasha pernah dikecam selepas menyunting gambar secara keterlaluan sehingga lilin pada kek hari jadinya turut sama membengkok.
Bagaimanapun, Uqasha mengakui sememangnya dia menyuntin gambar berkenaan berikutan ada segelintir netizen suka melabelkan dirinya gemuk.
Bila body ko sama saiz atas bawah tapi tetap nak ada curves. Lol!
tukar nama ke ..Minah Edit..boleh