fbpx

Lama Terperap Di Rumah, Uqasha Senrose Akui Hidup Macam Tak Betul

Baru sahaja memasuki hari kelima, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pelakon Uqasha Senrose mengakui didatangi kemurungan seperti yang dihadapi sebilangan individu lain.

Uqasha berkata hidupnya seperti tidak betul kerana tidak boleh ke mana-mana apatah lagi kehidupannya sudah biasa bekerja setiap hari.

BACA: “Kalau Bukan Sebab Lockdown, Saya & Uqasha Nikah Minggu Depan”

“Ya saya akui ada rasa depress, tertutup, hidup macam tak betul sebab tak boleh pergi ke mana-mana ditambah dah terbiasa kerja setiap hari. Memang sesekali ada rasa mengeluh, tapi semua ini berkait rapat dengan soal pengurusan waktu masing-masing,” katanya.

Tidak hanya membiarkan dirinya terus tertekan, Uqasha berkata dia akan terus solat dan membaca Al-Quran. Dalam masa sama, dia mengisi masa dengan berborak bersama adik-beradik.

“Macam saya terus ambil wuduk, sembahyang serta diikuti baca Al-Quran. Bukan nak tunjuk baik, tapi ini yang saya buat selama ini. Waktu sama, saya borak dengan ahli keluarga yang lain, mengemas rumah dan sibukkan diri dengan bisnes,” katanya.

Melihatkan banyak kes masalah mental dilaporkan sehingga ada yang cuba membunuh diri, Uqasha meminta supaya jangan diiukutkan perasaan dan cuba lakukan perkara positif.

“Saya bukan pakar atau nak memandai beri nasihat. Tak kira bangsa atau agama, dekatkan diri dengan Tuhan sambil buat benda-benda positif seperti bangun pagi, mandi, segar serta cantikkan diri, kemas rumah, masak dan baca buku bagi memenuhkan hari terluang..” pesan Uqasha lagi kepada peminat di luar sana,” katanya.