fbpx

“Uqasha Sebenarnya Gadis Jujur, Nelydia Kuat Nangis”

Siapa yang tak kenal dengan 3 adik beradik cantik iaitu Uqasha, Nelydia dan Raysha. Memang ramai lelaki bergetar tulang rusuk melihat ketiga-tiga gadis cantik ini.

Umum mengetahui, antara ketiga-tiga mereka, Uqasha Senrose setiasa terpalit dengan kontroversi hangat lebih-lebih lagi selepas membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab.

Pasti ramai yang nak tahu apa pendapat pemenang Dewi Remaja 2015, Raysha Rizrose tentang kedua-dua kakaknya.

Rupanya, antara kedua-dua mereka, Nelydia antara yang paling manja dan seperti budak-budak. Manakala, Uqasha disifatkan sebagai seorang kakak yang penyayang dan jujur.

“Nelydia seorang yang terlampau manja tak sesuai dengan umur. Kuat menangis, macam budak kecil dan seorang yang kelakar.

“Uqasha seorang yang jujur, kakak yang penyayang, sentiasa melindungi adik-adik dan seorang yang pemurah,” ujarnya kepada mStar.

Sumber: mStar