fbpx

Uqasha Mahu Nelydia Cepat Cepat Dapat Anak

Sukar untuk melepaskan adik tersayang, Nelydia Senrose ke alam perkahwinan, Uqasha Senrose buat netizen sebak dengan ucapannya. Luah Uqasha, beliau seakan tidak percaya adiknya sudah mendirikan rumah tangga.

BACA: Nelydia Senrose Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

“B (panggilan buat Nelydia) cantik sangat pada hari perkahwinannya. Busana dan solekan melengkapi dirinya pada malam itu. Tahniah B kerana sudah jadi isteri orang. Macam tak percaya B sudah ada hidup baharu”

“Nanti, Ramadan dan Aidilfitri B akan beraya dengan suami. Kita sudah tidak boleh tidur sama dan bangun sahur sekali. Teringat kenangan kita selalu kena marah dengan Mama kerana bangun Sahur sudah hampir masuk Imsak”

Dalam masa yang sama, Uqasha turut selitkan ucapan buat adik iparnya agar menjaga Nelydia dengan baik. Malah Uqasha sempat membuat permintaan ingin cepat-cepat mahukan anak saudara dari mereka.

“Hafez kena jaga dia baik-baik. Kalau dia meragam, layankan saja. Sebab dia jenis manja. Ragam dia tak lama sebab dia jenis cepat sejuk. Kalau boleh, memang nak mereka cepat dapat anak,” katanya.

Sedih pula baca luahan Uqasha buat adik tersayang. Pastinya ramai merasai perasaan sebegini jika adik beradik mula mendirikan rumah tangga dan mempunyai kehidupan baru. (rtky/w)