fbpx

Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal Tercalon Dalam Oscars 2020

Nampaknya, filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mencipta sejarah apabila tersenarai bersama 32 filem animasi antarabangsa lain bagi pencalonan Oscars 2020 untuk kategori Filem Animasi Terbaik.

Ini bermakna, filem Upin & Ipin akan bersaing dengan filem animasi antarabangsa popular seperti Frozen 2, Toy Story 4 dan Angry Bird 2.

Perkhabaran gembira dan cukup membanggakan itu dikongsikan oleh Les’ Copaque menerusi akaun Instagram rasmi mereka serta ucapan terima kasih buat rakyat Malaysia di atas sokongan luar biasa terhadap filem tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal ditayangkan pada 21 Mac lalu berjaya mencatat jumlah kutipan sebanyak RM25 juta dalam masa 3 minggu sahaja dengan 2 juta penonton.