fbpx

Update Keadaan Nad Zainal Di ICU, Ungku Ismail Akui Sedang Kenal Hati Budi

Umum mengetahui, pelakon Nad Zainal kini sedang ditidurkan dan berada di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang.

Difahamkan, sejak semalam rakan artis Ungku Ismail antara individu yang berkongsikan perkembangan Nad dari masa ke semasa.

BACA: “Doktor Sedang Berusaha Keluarkan Darah Terkumpul Dalam Paru-Paru Nad Zainal” – Ungku Ismail

Disebabkan sering berkongsikan perkembangan mengenai aktres itu, ramai tertanya-tanya status hubungan antara Nad Zainal dengan Ungku Ismail.

Memetik Astro Gempak, Ungku Ismail berkongsikan mereka kini memang rapat dan sedang mengenali hati budi masing-masing selepas terlibat sama dalam beberapa projek.

“Selepas selesai penggambaran Cina Buta, selepas cerai (Nad), kami banyak berbincang soal kerja dan content untuk YouTube. Banyak perancangan yang kami buat terutama dalam soal kerja.

“Dalam pada sama, tak dinafikan kami sedang mengenal hati budi masing-masing. Boleh katakan setiap hari kami contact dan kebanyakkannya memang fasal kerja,” katanya.

Enggan mengambil tahu tentang tanggapan netizen mengenai hubungan mereka, Ungku mengakui terkesan dengan kehilangan apabila aktres itu jatuh sakit.

“Kami memang rapat dan kerap buat content travelog (bercuti). Setiap hari mesej… jadi bila tiba-tiba dia tak mesej, rasa hilang. Saya terkesan sebab terasa hilang partner.

“Tak kisah la netizen nak buat spekulasi bercinta ke apa… lantak korang la. Kita tak boleh nak tutup mulut netizen sekarang. Kita hanya mampu tutup telinga atau mata saja,” katanya.

Dalam pada itu, Ungku berkata dia yang sendiri mahu mengetahui perkembangan Nad dari doktor yang merawat aktres itu.

“Sudah tentu saya rapat dengan ibu bapa Nad… tak elok la dah kerja sama, tiba-tiba dah sakit tinggalkan macam tu saja. Lagipun saya nak tahu sendiri keadaan dia daripada doktor, bukan daripada orang lain,” katanya.