Bila bercakap bab rumah ni, mesti anda terbayang rumah yang cantik, lengkap dengan kemudahan dan fasiliti yang CUN, kawasan untuk ootd lepas tu angan-angan anda tu termati gara-gara fikir bab harga rumah kan?

Relax! Anda boleh sahaja dapat rumah idaman anda tu dengan harga yang di luar jangkaan. Kali ni kami nak share rumah siap semi-furnished dengan bayaran ansuran RM1,450* sebulan jer! Bagi geng-geng muda atau yang dah bekerja di usia yang muda tu memang sesuai lah duduk di sini. Lagi-lagi yang rancang nak kahwin, memang untunglah.

Okay,sekarang biar kami jelaskan apa tu duduk? duduk ni sebenarnya jenama baru daripada EcoWorld.


duduk ni ada 2 projek, iaitu HUNI D’ Eco Ardence yg bertempat di Setia Alam dan SE.RUANG D’ Eco Sanctuary yang bertempat di Selatan Kota Kemuning. Kedua-dua projek ni bertempat di mana segala kehendak dan keperluan anda boleh dapat di sini, seperti kedai runcit, pusat 3S, pusat membeli belah, bank, farmasi, klinik, hospital, sekolah, tempat lepak-lepak untuk ootd dan banyak lagi lah!

Nak Tahu Apa Lagi Yang Ada Dengan Duduk Ni? Meh Kita Tengok Satu-Satu

1. Practical Layout

Bila langkah sahaja kaki masuk kawasan ni, anda mesti terpegun dengan susun atur yang ada dalam kawasan rumah idaman anda ni. Lengkap dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Kali tu sanak saudara datang rumah pun dah selesa.

2. Mempunyai 2 Lot Tempat Letak Kereta Untuk Setiap Unit

Bab parking kereta memang anda dah tak perlu berebut dengan pasangan anda dah. Ambil jer sorang satu. Mudah kan?

3. Tak Perlu Susah Payah Beli Perabot Rumah, Separa Berperabot Telah Disediakan

Ha! ini part yang paling anda nak dengar kan. Masuk jer rumah di duduk ni, tak perlu nak beli dan angkut barang banyak-banyak masuk rumah. Sebab duduk ni datang dengan separa berperabot seperti kabinet dapur, pemanas air, lampu dan kipas, aircond, mesin basuh 2 in 1 dengan pengering dan banyak lagi. Dengan tu, anda pun tak lah habis duit beli kelengkapan rumah lagi!

4. Bersambung Dengan Lebuhraya

Mudah dan cepat bila anda duduk di sini. Tak perlu nak bawa kereta jauh-jauh untuk ke bandar, sebabnya kawasan ini bersambung dengan lebuhraya dan yang paling best cepat sampai di destinasi bila semuanya dipermudahkan.

5. Bayaran Ansuran Dari RM1,450* Sebulan Sahaja

Biar betul?! Bila semua dah lengkap dengan apa yang anda inginkan, bab bayaran tak perlu risau. Yang paling penting berbaloi dengan kawasan yang anda duduk. Ni lah peluang untuk anda duduk di sini.

*tertakluk kepada terma dan syarat

Ha! Bestkan kalau dapat duduk di sini, semua ada, tak perlu fikir banyak dah. Jom jemput duduk sekarang! Anda boleh terus walk-in di Galeri EcoWorld yang terletak di Eco Ardence, Setia Alam dan Eco Sanctuary, Selatan Kota Kemuning.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus layari https://bit.ly/duduk_RotiKaya atau layari Facebook sekarang.

×