Kalau korang memang kaki skincare dan suka produk WonderLab, berita ni memang untuk korang!
Sekarang ni WonderLab tengah buat satu kempen peraduan yang sangat menarik iaitu Wonder Glow Wonder Win – WonderLab Spend & Win Contest Bermula dari 15 Mei hingga 16 Julai 2025 korang berpeluang untuk menang pelbagai hadiah lumayan yang keseluruhannya bernilai RM23,000! Fuhh, bukan sikit tu!
Kempen ni memang senang sangat nak join. Apa yang korang perlu buat cuma beli mana-mana produk WonderLab atau WonderDewi dengan jumlah minimum belanja RM100 dalam satu resit.
Part paling best bila, hadiah-hadiah yang ditawarkan pun bukan calang-calang. Antara yang paling gempak ialah pelbagai peralatan elektrik CUCKOO termasuk Multi-Cooker dan Rice Cooker, i MODEL Air Purifier, serta produk kecantikan macam Ulike Air10 IPL Hair Removal dan ReGlow LED Face Mask.
Bukan tu je, korang juga berpeluang menang penginapan 2 hari 1 malam (2D1N) di hotel menarik macam dekat Avani Sepang, Ansa Hotel KL, dan Geo Resort Genting Highlands.
Jangan tak tahu, produk eksklusif daripada Buttonscarves, Montigo Ace Bottle, Lax Retreat Facial & Body Treatment Annual Membership, baucar Machino bernilai sehingga RM308, dan baucar tunai WonderLab bernilai sehingga RM500 pun ada tau! Pendek kata, semua hadiah memang worth it! Rugi lah kalau beli lepas tu abaikan peraduan mudah macam ni.
View this post on Instagram
Top 5 Pilihan Kulit Cantik & Gaya Sihat!
Kalau tengah cari produk kecantikan dan kesihatan yang boleh jadi game-changer dalam rutin harian anda, ini dia senarai Top 5 produk WonderLab & WonderDewi yang paling kami syorkan.
View this post on Instagram
1: WonderLab Ageless Niacinamide Toner Essence
“Penyelamat Kulit S.O.S!”
Produk 2-dalam-1 toner dan serum ini bukan saja jimat masa, tapi penuh manfaat! Ia bantu mencerahkan tona kulit, menegangkan, dan mengembalikan keanjalan. Sesuai untuk mereka yang sering tidur lewat, bekerja malam atau selalu terdedah pada skrin — kulit pun perlukan rehat dan pemulihan. Sesuai untuk ibu baru dan juga ibu mengandung.
Teksturnya ringan dan cepat meresap, jadi perfect untuk digunakan lepas cuci muka. Kulit pun rasa segar dan lebih berseri!
Bukan itu je gais, Ageless Pre-ageing Niacinamide Toner Essence ni padu sebab dia kaya dengan gabungan Trio Black Complex dari Jeju iaitu black rice, black sesame dan black beans. Fungsinya? Bantu kulit lebih lembap, kaya dengan antioksidan, tegangkan kulit dan kurangkan garis halus. Pendek kata, toner ni bukan biasa-biasa!
View this post on Instagram
2: WonderLab Ageless Black Ginseng Sleeping Mask
“Bangun tidur dengan kulit yang rasa sihat dan segar.”
Masker malam yang bekerja ketika anda tidur – bantu baiki skin barrier, kurangkan kedutan halus, dan segarkan kulit kusam.
Dengan tekstur sorbet yang sejuk dan lembut, ia mudah menyerap dan menyegarkan kulit sepanjang malam.
Diperkaya dengan Black Ginseng dari Korea, bahan aktif yang membantu memulihkan dan memberi tenaga semula pada kulit. Bangun pagi, kulit rasa lebih lembap, segar dan glowing secara semula jadi – sesuai untuk anda yang gemar effortless beauty.
Khabar gembira! Sleeping mask ini telah dinobatkan sebagai Best Sleeping Mask Choice oleh Beauty Insider — satu pencapaian yang membanggakan bagi produk kegemaran ramai. Kerana kulit cantik bermula dari tidur yang lena.
3: WonderDewi 7-Day & 14-Day Wonder Kit Mask
“Glowing setiap hari, tak perlu tunggu hujung minggu!”
Set sheet mask 7 hari dengan 14 hari mask — Dewi Hydro, Soothe, Repair & Bright direka khas untuk beri penjagaan kulit harian yang lengkap. Sesuai untuk anda yang suka me-time di rumah sambil manjakan kulit.
Diperkaya dengan Beetroot + Probiotic Complex, mask ini bantu kuatkan imuniti kulit dan tingkatkan glow semula jadi. Pakai secara konsisten, kulit lebih sihat, cerah dan anjal.
View this post on Instagram
4: WonderDewi Cica Amino Acid Cleansing Gel
“Cleanser yang ringan tapi memang power!”
Pembersih muka ni diformulasi khas untuk cuci kulit dengan lembut tanpa buat kulit rasa kering atau tegang. Ia mengandungi Tecamin C™, iaitu gabungan daun cica dan Vitamin C yang bantu tenangkan kulit sambil beri perlindungan antioksidan.
Selain bersihkan kotoran harian, cleanser ni juga mampu tanggalkan solekan ringan, sisa SPF, dan kotoran tanpa rasa pedih atau ketat lepas cuci. Ia membersih secara mendalam tanpa menanggalkan kelembapan semula jadi kulit, jadi sesuai sangat untuk kulit sensitif atau kering.
Paling best, ia sangat sesuai untuk remaja, pelajar atau beginner dalam dunia skincare yang nak cari pencuci muka selamat, gentle dan berkesan.
View this post on Instagram
5: WonderDewi GudGut Probiotic
“Perut happy, badan pun lebih bertenaga!”
Probiotik dalam bentuk sachet yang mudah diambil bila-bila masa, di mana sahaja. Rasa pun sedap!
Setiap sachet mengandungi 10 bilion CFU probiotik, Vitamin C & D untuk menyokong kesihatan usus, bantu penghadaman dan tingkatkan imun badan. Sesuai sangat untuk korang yang always on-the-go, suka makan luar atau jenis yang selalu lewat makan sebab busy, atau selalu skip sayur dalam diet. Ambil satu sehari, perut pun lebih selesa sepanjang hari!
Korang nak tahu kat mana nak beli? Ala mestilah dekat port shopping korang iaitu di Watsons Online or In-stores, Shopee, Lazada, dan kedai WonderLab, WonderLab e-brandstore. Untuk maklumat lanjut layari DI SINI.
Jadi, kalau selama ni korang memang pengguna tegar WonderLab & WonderDewi, inilah masa terbaik untuk topup stok sambil berpeluang menang hadiah yang gempak macam ni. Mana tahu, kali ni rezeki korang dapat bawa balik massage chair ke, staycation free ke, atau dapat produk kecantikan percuma!
Tak rugi pun belanja untuk diri sendiri, kulit makin glowing, hati pun happy!