fbpx

Untung Jadi Penjawat Awam, RM700 Bantuan Khas Diberi Dalam Bajet 2022

Sekejapnya masa berlalu! Eh anda perasan tak tahun depan dah 2022. Bila dah sebut pasal tahun baru ni, teringat terus pada Bajet 2022. Hehe.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pernah berkata fokus Bajet 2022 pada tahun hadapan adalah lebih mencabar dengan fokus utamanya untuk memulihkan ekonomi negara yang ‘tertangguh’ pada 2021.

Ia ekoran situasi penularan Covid-19 yang terus kritikal sejak pembentangan Belanjawan 2021 setahun lalu. Tapi Alhamdulilah, sekarang ini keadaan lebih terkawal. Kita pun dah boleh terima hakikat yang perlu hidup dengan virus ini.

Senyum Sampai Telinga!

Dalam Fokus 3: Dalam ekonomi Yang Makmur dan Mampan, penjawat awam antara yang menerima habuan seperti yang diumumkan Menteri Kewangan kita dalam Bajet 2022 yang lalu. Wah, betul happy lah penjawat awam nanti yer.

Bantuan khas kewangan ini diberikan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah membabitkan bayaran sebanyak RM700 manakala 1 juta pesara pula diberikan sebanyak RM350 yakni jumlah keseluruhannya sebanyak RM1.3 bilion. Wow!

Selain itu, elaun penugasan Sukarelawan Simpanan Polis turut dinaikkan daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam selain penambahan jumlah kadar bayaran insentif pengawasan banduan daripada RM150 kepada RM200 sebulan, yang turut dipanjangkan kepada pegawai kader di penjara.

Manfaat Lain

Apa lagi yang ada dalam Fokus ketiga ini gais? Selain penjawat awam yang mendapat bantuan khas tersebut, ada lagi yang lain tau.

via GIPHY

Antaranya, RM450 juta dip[eruntukkan kepada pelbagai kementerian untuk melaksanakan beberapa inisiatif seperti projek pemuliharaan alam; memperkasa penglibatan komuniti tempatan, veteran tentera dan Orang Asli; bantuan bagi kos operasi zoo; geran sokongan bagi menyokong peranan World Wildlife.

Selain itu, Sukuk Kelestarian sehingga RM10 bilion juga disalurkan kepada projek sosial atau mesra alam yang layak.

Peruntukan khusus berjumlah RM260 juta iaitu RM20 juta bagi setiap negeri, akan disediakan bagi memberi tumpuan kepada projek berkaitan jaminan makanan, pelancongan serta pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Sabah dan Sarawak masing-masing akan menerima peruntukkan RM5.2 bilion dan RM4.6 bilion untuk melaksanakan projek infrastruktur air, elektrik, dan jalan raya, serta kemudahan pendidikan dan kesihatan. Wah, lega betul la dorang yer.

RM700 juta juga diperuntukkan untuk meneruskan usaha ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan 630 buah sekolah terutamanya di luar bandar.

Kerajaan akan meluaskan perkhidmatan klinik bergerak oleh Hospital Pengajar Universiti, 20 buah kaunter bergerak JPJ khusus untuk manfaat penduduk pedalaman serta 100 kiosk dengan fasiliti lengkap komputer akan disediakan di UTC.

Kena sangat lah kan dengan matlamat Bajet 2022 yang kekal dengan tiga fokus induk iaitu rakyat yang sejahtera, perniagaan yang berdaya tahan dan ekonomi yang makmur dan mampan. Moga Bajet 2022 ini dapat beri manfaat kepada kita semua.

Info lanjut KLIK LINK INI ya!