fbpx

Ada orang ditawarkan gaji yang tinggi tapi tetap berhenti kerja, bila ditanya kenapa, katanya tak best dapat bos yang terlalu demanding.

Ada pula yang dapat gaji terlalu minimum tapi bertahan bertahun-tahun lamanya di syarikat yang sama. Apabila ditanya, tak mahukah mencari kerja yang gajinya lebih besar? Jawapannya tidak, sebab sudah dapat bos baik, kawan sekerja yang sekepala dan yang paling penting dapat bos yang suka ambil tahu kebajikan pekerja.

Beruntunglah buat korang yang dapat semua ni, bos yang baik, gaji yang bagus dan kawan sekerja yang ngam.

Tapi untuk bergelar seorang pengurus atau majikan juga memainkan peranan penting. Kalau korang nak tahu untuk jadi bos yang awesome di mata pekerja, ada banyak perkara yang mereka perlu fikir. Lagi-lagi untuk kekal berikan korang gaji meskipun keadaan ekonomi tak stabil.

Ala senang cerita masa musim Covid-19 hari tu. Berapa orang yang kena buang kerja gara-gara majikan tak mampu membayar gaji pekerja. Berapa orang yang menganggur disebabkan musim Covid yang terlalu lama sehinggakan ada sesetengah perniagaan terpaksa menutup periuk nasi mereka.

Tapi semua ini tak terjadi kepada Encik Shen Loh Lim, Pengarah Eksekutif Blue Mansion yang telah menyelamatkan perniagaan dan pekerjanya dengan bantuan yang disediakan oleh kerajaan buat semua majikan.

Meskipun musim Covid-19 terlalu lama sehinggakan ada bunyi suara sumbang rakyat mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di negara kita.

Namun, Encik Shen Loh Lim mampu mempertahankan perniagaan dan pekerjanya di musim tersebut dengan  merebut peluang bantuan kerajaan Inisiatif Pembiayaan Khusus Bagi Sektor Pelancongan (Pembiayaan Pelancongan PENJANA).

Menurut  Shen Loh Lim, dengan bantuan ini beliau mengambil keputusan untuk mengekalkan pekerjanya dan sedikit sebanyak beliau juga dapat mengekalkan keunikan bangunan lama Blue Mansion yang sudah semestinya memerlukan penyelenggaraan dan penjagaan yang baik.

Rugi sekiranya  korang yang menjalankan premis penginapan pelancongan tetapi tidak rebut peluang bantuan daripada kerjaan ini.

Kalau korang perasan Shen Loh Lim mengambil keputusan yang bijak dalam tempoh pandemik meskipun keputusan yang beliau ambil agak lewat.

Yang pastinya dengan bantuan Inisiatif Pembiayaan Khusus Bagi Sektor Pelancongan (Pembiayaan Pelancongan PENJANA) ini dapat mengekalkan banguan yang telah mendapat anugerah UNESCO di Asia Tenggara.