fbpx

“Untuk Perempuan Yang Gatal Dengan Laki Orang, Baik Kau Berambus!” 

Perkongsian pelakon Zarina Zainuddin menjadi perhatian apabila meluahkan rasa geram dengan wanita diluar sana yang memiliki rupa paras yang cantik namun mahu berkahwin dengan suami orang.

Menerusi entri di Instagram itu, Zarina turut mengingatkan bukan mudah untuk bergelar isteri kedua dan perlu bersedia dari segi mental. Malah, akan dikata ‘penyondol’ sehingga ke hari tua.

BACA: Percintaan Anak Zarina Zainuddin & Kekasih Putus Di Tengah Jalan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Zarina turut menitipkan nasihat kepada wanita diluar sana agar tidak berhasrat untuk berkahwin dengan lelaki orang dan lebih baik mencari lelaki bujang.

Kata Zarina lagi, ada keadaan dimana isteri kedua yang hanya duduk di rumah seperti perempuan simpanan sehingga terabai kerana suami mahu menjaga hati isteri pertama.

“Sakit pulak hati tengok semua yang cantik cantik yang muda-muda nak sangat kawin dengan laki orang. Lepas tu kau ala-ala perempuan simpanan kat rumah sebab laki kau takut bini sana mengamuk. Kalau boleh tak payahlah.

“Kot kot hidup kau mewah orang gaji dua tiga orang ada bodyguard tu lain cerita.. ni kau pun kecepuh kecepah cari duit ..sayang,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zarina berkata jika ada yang berkahwin dengan suami orang lebih baik bercerai ketika masih muda dan jangan menunggu hingga tua serta mempunyai anak yang ramai.