fbpx

Percintaan Anak Zarina Zainuddin & Kekasih Putus Di Tengah Jalan

Pelakon Zarina Zainuddin memaklumkan percintaan antara anaknya, Azal dengan wanita asal Indonesia dikenalai sebagai Rahmah putus ditengah jalan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina berkata anaknya lelaki itu tidak pandai bercinta berikutan mesej yang tidak dibalas membuatkan Rahmah rasa tidak dihargai.

BACA: Zarina Zainuddin Dah Rujuk Ustaz, Jumpa Bakal Besan Tahun Depan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Turut dikongsikan mesej perbualan WhatsApp dimana Rahmah  bertanya khabar dan seakan merajuk namun tidak difahami oleh Azal.

Menurut Zarina lagi, dia menyifatkan Rahmah seorang wanita yang baik dan mengakui sudah jatuh sayang pada wanita itu.

Katanya lagi, jika ada jodoh buat anaknya itu adalah namun jika tiada dia akan menjaga Azal sehingga dia bernyawa.