“Untuk Apa Khianati Mereka, Hati Saya Tak Sebusuk Itu”
Susulan kontroversi finalis Dewi Remaja berparti sakan di kelab malam dan mengambil alkohol di kelab malam awal Januari lalu, salah seorang finalis Dewi Remaja iaitu Anna Jobling dituduh menjadi dalang yang menyebarkan video tersebut.
Bagaimanapun Anna menafikan tuduhan tersebut serta mengatakan dia sudah menggangap kesemua finalis Dewi Remaja seperti adik beradik dan tiada sebab untuk mengkhianati mereka apatah lagi rasa cemburu apabila Haneesya Hanee dipilih sebagai pemenang.
BACA:Anna Jobling Buka Mulut Isu Dalang Sebar Video Parti
“Untuk apa saya mengkhianati mereka, sedangkan kami melalui jatuh bangun bersama ketika menyertai program pencarian bakat, Dewi Remaja 2018/2019?
“Kami rapat seperti adik-beradik dan hati saya tidak sebusuk itu untuk menjatuhkan orang lain. Tiada sekelumit perasaan dengki dan iri hati apabila Haneesya Hanee dipilih sebagai pemenang.
“Saya juga tidak pernah bermasalah dengan Ernisha mahupun Fazreen. Jauh di sudut hati, saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku, tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur,” katanya kepada BH Online.
Bagaimanapun, Anna akui dia sedikit kecewa apabila kontroversi itu membuatkan imejnya tercalar. Dalam pada itu, Anna turut mencabar mereka yang menuduhnya menyebarkan video tersebut untuk tampil memberikan bukti.
- SUMBER
- BH Online
Laaaaa..ingat kan kes ramai rakyat melayu tak puas hati babipian menang persembahan terbaik di Ajl33 yg belum abis diperkatakan..rupenya kes dewi2 melayu menongok arak pun belom abis lagi..melayu memang suka sgt dgn drama melewey2 berpuloh2 episode…geli…jenis lembab nak move on..loserrr.